PROJEK HARTANAH · PUTRAJAYA

Rumah Putrajaya 2027 — Residensi Wilayah, Kondominium dan Semi-D

Harga dariRM230,000Kategori RMM Armani Putra, unit 450 kps. Syarat kelayakan dan harga semasa perlu disahkan.
Rumah Putrajaya — 5 projek di Presint 7, 8 dan 12
PUTRAJAYARESIDENSI WILAYAHMAMPU MILIK

Rumah di Putrajaya — dari mampu milik hingga semi-D

Mencari rumah di Putrajaya? Halaman ini menghimpunkan lima projek yang dipaparkan di laman kami: Residensi Sentral (Residensi Wilayah) dan Armani Putra untuk bajet mampu milik, Terra Residences untuk kondominium freehold yang sudah siap, serta Senna dan Astana untuk semi-D. Setiap projek mempunyai halaman khusus untuk spesifikasi, pelan lantai dan pertanyaan.

Residensi Sentral — Presint 7

Residensi Wilayah (dahulu RUMAWIP), freehold. Unit 850 kaki persegi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air dan balkoni, dekat Putrajaya Sentral. Harga rujukan RM300,000.

RESIDENSI WILAYAHLihat Residensi Sentral →

Residensi Armani Putra

Apartmen servis dan SOHO 450 hingga 1,000 kps, 2 atau 3 bilik, atas Tanah Rizab Melayu (pajakan). Kategori RMM dari RM230,000 untuk unit 450 kps. Jangkaan siap 2029.

DALAM PEMBINAANLihat Armani Putra →

Terra Residences — Presint 8

Kondominium freehold yang sudah siap, 700 hingga 1,184 kps dengan 1 hingga 3 bilik tidur, berpagar dan berpengawal. Harga dari RM418,000.

SUDAH SIAPLihat Terra Residences →

Senna — Presint 12

Semi-D 3 tingkat freehold, 3,989 hingga 4,024 kps dengan 6+1 bilik tidur, setiap bilik dengan bilik air sendiri. Harga bersih dari RM1.6 juta.

SUDAH SIAPLihat Senna →

Astana — Presint 8

Semi-D 2½ dan 3½ tingkat freehold, 5,752 hingga 6,456 kps, 6 bilik tidur dan lif persendirian, dengan rumah kelab dan kolam renang. Harga bersih dari RM2.5 juta.

SUDAH SIAPLihat Astana →

Banding projek rumah Putrajaya

Projek Jenis Hak milik Keluasan Harga dari Status
Residensi Sentral Residensi Wilayah Freehold 850 kps RM300,000 Permohonan di portal JWP
Armani Putra Apartmen servis / SOHO Pajakan, Rizab Melayu 450 – 1,000 kps RM230,000 (RMM) Dalam pembinaan
Terra Residences Kondominium Freehold 700 – 1,184 kps RM418,000 Sudah siap
Senna Semi-D 3 tingkat Freehold 3,989 – 4,024 kps RM1.6 juta Sudah siap
Astana Semi-D 2½ / 3½ tingkat Freehold 5,752 – 6,456 kps RM2.5 juta Sudah siap

Harga diambil daripada halaman projek di laman ini (fact sheet pemaju dan portal JWP). Rebat, pakej dan baki unit berubah; sahkan sebut harga terkini sebelum membuat keputusan.

Rumah mampu milik Putrajaya: apa yang perlu tahu

  • Residensi Wilayah, bukan Rumah Selangorku
    Putrajaya ialah Wilayah Persekutuan, jadi rumah mampu milik di sini ditawarkan melalui Residensi Wilayah (dahulu RUMAWIP), bukan Rumah Selangorku. Banding kedua-dua skim di RSKU vs Residensi Wilayah.
  • Had pendapatan
    FAQ Residensi Wilayah yang kami semak menyatakan umur 21 tahun ke atas dan had pendapatan RM10,000 (bujang) atau RM15,000 (berkahwin).
  • Semak pinjaman
    Kira komitmen bulanan dengan kalkulator kelayakan pinjaman sebelum memilih projek.

Rumah Selangorku berhampiran Putrajaya

Kalau anda mahu Rumah Selangorku tetapi bekerja di Putrajaya, lihat projek di Dengkil dan Cybersouth yang hanya beberapa minit dari Putrajaya.

Soalan lazim rumah Putrajaya

Ada Rumah Selangorku di Putrajaya?

Tiada. Rumah Selangorku ialah skim Kerajaan Negeri Selangor untuk projek di Selangor sahaja. Di Putrajaya, rumah mampu milik ditawarkan melalui Residensi Wilayah. Projek Rumah Selangorku terdekat ada di Dengkil dan Cybersouth.

Berapa harga rumah mampu milik di Putrajaya?

Residensi Sentral di Presint 7 mempunyai harga rujukan RM300,000. Armani Putra menawarkan kategori RMM dari RM230,000 untuk unit 450 kps; syarat kelayakan kategori ini perlu disahkan.

Ada rumah siap di Putrajaya?

Ada. Terra Residences (kondominium), Senna dan Astana (semi-D) sudah siap dan boleh dilawati.

Bagaimana nak memohon Residensi Wilayah Putrajaya?

Permohonan Residensi Wilayah dibuat melalui portal rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP). Semak tarikh tutup dan syarat di portal rasmi sebelum memohon.

RumahSelangorku.org ialah portal maklumat dan pemasaran hartanah bebas, bukan portal rasmi LPHS, JWP atau mana-mana agensi kerajaan. Laman ini tidak menerima, memproses atau meluluskan permohonan rasmi. Tiada kelayakan, harga atau unit dijamin.

Berminat dengan rumah di Putrajaya? Jom tengok sendiri. 🏡

Isi nama dan nombor WhatsApp. Saya bantu semak harga serta ketersediaan unit, kemudian hubungi anda untuk atur viewing.

Belum pasti projek mana sesuai? Tanya saya melalui WhatsApp dahulu.

Ini permintaan maklumat dan lawatan sahaja—bukan komitmen membeli.

← Lihat semua projek

Panduan Terkini Bajet 2027 & Rumah Pertama: Skim SJKP Madani 2027 (Pinjaman 120%) · Rumah Pertamaku Selangor (Duti Setem 0%) · Cara Mohon eHartanah LPHS · Jadual Kelayakan Gaji & DSR · Rumah Selangorku Landed (Teres) · Rumah Idaman (Percuma Perabot) · Panduan Kajang, Semenyih & Cheras

Semak Kelayakan Gaji, DSR Bank & Anggaran LPPSA Anda Secara Percuma (2027)

Gunakan kalkulator interaktif kami untuk menyemak peratus Debt Service Ratio (DSR) bank, potongan gaji LPPSA, anggaran ansuran bulanan, dan had harga rumah mampu milik yang layak anda mohon di bawah LPHS, LPPSA, atau jaminan 100%–120% SJKP Madani 2027.

Projek Berkaitan